Berikut ini adalah 20 keistimewaan bagi kaum wanita,adanya informasi ini dengan harapan bagi wanita agar memuliakan dirinya sebagaimana mestinya Allah yang telah memuliakannnya,maka bersyukurlah telah menjadi wanita yang telah dimuliakan dengan menjaga muru’ah (kepribadian) agar tidak terjatuh dalam muara dosa dan kesitaan yang akan membuat mereka hina 2kali lipat. dan bagi kaum lelaki juga hendaklah memuliakan kaum wanita di samping kalian terutama ibu,hargailah semua wanita yang kau temui layaknya seperti engkau menghargai ibu yang telah bertaruh nyawa untuk melahirkanmu,dan memuliakan ciptaan Allah yang begitu sempurna dan indah.berikut adalah keistimewaan perempuan :
1 .Doa perempuan lebih makbul dari pada laki-laki karena sifat
penyayang mereka lebih kuat dari laki-laki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, baginda SAW menjawab,
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT dan
orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang membuat senang anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11. Satu perempuan yang solehah lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap perempuan?
Jawab rasulullah, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.
14. Perempuan yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selagi dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.
15. Perempuan yang taat berkhidmat kepada suaminya akan ditutup
pintu-pintu neraka baginya dan dibukakan pintu-pintu syurga untuknya.
Masuklah dia kedalam surga dari pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Perempuan yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19. Dari Aisyah r.a, “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
20. Didalam kitab suci Al-Qur’an terdapat surat dengan nama an-Nisa
yang artinya para wanita tetapi tidak didapati surat dengan nama
ar-Rijal (laki-laki). Setiap kata yang tersemat didalam kitab suci
al-Qur’an (apalagi sub-induknya alias judul surat) mengandung pengertian
yang agung, sesuatu hal yang besar dan harus mendapat perhatian dari
para makhluk.



